Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para anggota kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah berundur dari wilayah Aleppo, Syria berikutan kejayaan angkatan tentera negara Arab dan sekutu mereka di dalam meneruskan kemaraan mereka.
Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria pada hari Jumaat melaporkan bahawa kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah mengosongkan 17 bandar dan kampung yang diduduki oleh mereka sebelum ini. Perkara itu secara efektifnya menamatkan kehadiran mereka di wilayah tersebut.
Biro media Hizbullah, al-Manar kemudian mengumumkan bahawa tentera Arab Syria dan sekutunya telah berjaya mengawal jalan Ithriya-Rasaf dan mengepung kedudukan pengganas Takfiri Daesh di timur bandar Khanaser.
Di bawah perjanjian yang dimeterai di antara kerajaan Damsyik dan kumpulan militan pada bulan Mac lepas, warga awam Foua dan Kefraya (yang dikepung oleh militan) akan dipindahkan ke pinggir bandar Aleppo. Sebagai ganti, para militan dan keluarga mereka yang berada di Zabadani dan Madaya akan dibenarkan berpindah ke kawasan yang dikuasai militan di wilayah Idlib.
Proses pemindahan itu bermula pada 14 April lepas. Akan tetapi, proses tersebut dihentikan sehari kemudian setelah pengganas meletupkan bas-bas yang membawa para pelarian dari Kefraya dan Foua.
Serangan pengganas itu membunuh sekurang-kurangnya 126 orang termasuk 68 orang kanak-kanak. -ABNA24
/315
30 Jun 2017 - 23:53
News ID: 839701
Para anggota kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah berundur dari wilayah Aleppo, Syria berikutan kejayaan angkatan tentera negara Arab dan sekutu mereka di dalam meneruskan kemaraan mereka.